Rabu, 12 Jun 2013

Wang Berjumlah 4,000 Diragut


2013/06/12 - 18:38:14 PM

SHAH ALAM - Seorang wanita yang baru mengeluarkan wang daripada mesin pengeluaran wang sebanyak RM 4,000 terkejut apabila diragut oleh seorang lelaki yang tidak dikenali di Taman Setia Alur di sini petang semalam.

Mangsa  bernama Saidatul Ain Binti Arifin, 25 dikatakan mahu membuka kunci keretanya secara manual ditempat letak kereta diragut hingga cedera di bahagian kakinya lalu terus dibawa ke klinik berhampiran bagi menerima rawatan susulan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Zahedi bin Ayob berkata, mengikut maklumat soal siasat yang dilakukan kepada mangsa, dipercayai bahawa peragut berkenaan berbangsa Nepal yang mungkin tinggal berdekatan dengan kawasan kilang perindustrian terdekat yang telah memerhatikan pergerakan mangsa sejak dari dalam bank lagi.

Tambah beliau lagi, kejadian berkenaan merupakan kejadian pertama yang melibatkan kes ragut berlaku di kawasan tersebut.

Berikutan kes tersebut pihak polis telah menjalankan siasatan serius bagi menyelesaikan kes ini seterusnya mengelakkan perkara ini berulang lagi.


#

Rabu, 5 Jun 2013

KES PEMBUANGAN BAYI

 
 
KAJANG 18 April - Seorang bayi lelaki dijumpai mati di dalam tong sampah berdekatan Pasar Besar Kajang pada jam 3 pagi tadi di sini.

Mayat bayi tersebut dijumpai oleh seorang saksi iaitu pemborong sayur di pasar tersebut bernama Lim ah Chong, 36 apabila apabila dia mahu membuang sampah lalu menjumpai bungkusan yang mencuruigakan di tempat berkenaan seterusnya segera menghubungi pihak polis yang berhampiran.

Menurut Ketua Bahagian Penyiasatan, ASP Syed Jamil Jamalulail bin Syed Muktabillah Al-Barakbah, bayi tersebut dilahirkan pada jam 12 tengah malam semalam dan dijumpai mati pada jam 3 pagi disini semalam dalam keadaan tali pusatnya masih belum tertanggal serta terus digegaskan ke Hospital Kajang untuk bedah siasat.

Menurut beliau lagi, hasil daripada bedah siasat mayat bayi berkenaan berusia 3 jam pada waktu dijumpai dan dipercayai telah mati sebelum dibuang ditempat yang berkenaan serta keputusan DNA menunjukkan bahawa ibu kepada mayat bayi berkenaan berbangsa Melayu.

Tambahan beliau lagi, pihak polis akan terus menyiasat berkenaan kes tersebut sehingga kes tersebut selesai.


                                                                    #