Isnin, 29 April 2013

KRITIK : Artikel 3: BALKANISASI SIBER: GANGGUAN KEPADA SEMANGAT 1MALAYSIA


Menurut penulis blog ‘Suara Murba’ berkenaan isu Konsep Balkanisasi yang mana memberikan gangguan kepada semangat 1 Malaysia yang mana diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak sewaktu tempoh pemerintahan beliau di Malaysia.

Pada dasarnya saya amat bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh penulis bahawa konsep balkanisasi siber amat mengganggu semangat 1 Malaysia yang murni agar dapat menyatukan hati rakyat negara Malaysia tanpa ada perpecahan terutamanya antara kaum.

Bersatu hati demi menjaga kesejahteraan negara
Sekarang, kita dapat lihat bahawa media terutamanya media siber amat mendedahkan kepada pengguna ataupun pembaca kepada konsep balkanisasi siber ini apabila mereka menulis dan memberikan pandangan didalam siber yang mana dapat dibaca dengan mudah oleh pembaca diluar sana untuk terpengaruh dengan apa yang penulis sampaikan. Hal ini amat membimbangkan bagi orang lain yang menitik-beratkan konsep 1 Malaysia yang diharapkan menjadi amalan dan budaya kepada masyarakat di Malaysia kini.

Dalam kebebasan mereka menulis didalam siber masakini, penggunaan kata yang agak kesat selalu digunakan oleh penulis bagi menunjukkan luahan perasaan mereka kepada sesuatu. Namun, hal ini amat negatif kesannya kepada masyarakan yang mengetahui perihal ini. Sebagai contoh yang dikeluarkan oleh penulis blog Suara Murba adalah seperti kata-kata fitnah dan makian yang ditulis oleh penulis tersebut yang mana berkaitan dengan bangsa dan agama. Hal ini amat sensitif dan memberikan impak yang amat negatif kepada masyarakat dan mengganggu konsep 1 Malaysia.

Kemudahan siber digunakan dengan sebetulnya
Balkanisasi siber hari ini amat membimbangkan jika mereka gagal bersatu antara satu sama lain dan membentuk kumpulan yang berlainan ataupun puak yang berlainan tetapi berada di tempat yang sama yang mana secara kesimpulannya dapat kita katakan bahawa berdiri di tanah yang sama tetapi kelompok yang banyak dan berbeza. Ini boleh mengundang semangat perkauman yang negatif jika ada pihak yang salah faham disebabkan oleh isu berkenaan diterbitkan.

Sebagai kesimpulannya, konsep balkanisasi siber amat mengganggu semangat 1 Malaysia yang murni agar dapat menyatukan hati rakyat negara Malaysia tanpa ada perpecahan terutamanya antara kaum. Hal ini dapat menjadikan masyarakat didalam negara Malaysia berpecah belah dan gagal bersatu hati. Konsep ini amat penting ditinjau oleh pihak yang bertanggungjawab agar tidak menjadi lebih negatif hingga boleh mengundang kepada kehancuran negara ini sendiri.

Isnin, 22 April 2013

Berita-Berita dan Maklumat Dalam Talian Boleh Membantu Mewujudkan Hubungan Etnik yang Baik


  
Dewasa ini, hampir setiap orang di dunia ini mengetahui dan mampu menggunakan aplikasi dalam talian dengan baik terutamanya bagi mereka yang mahu mencari sesuatu maklumat yang tepat dan sering menimbulkan tanda soal difikiran mereka dengan cepat dan mudah.

Banyak isu-isu tentang dunia mahupun dalam negara yang dapat kita capai dengan menggunakan aplikasi dalam talian ini. Namun, rencana kali ini bukanlah ditulis untuk mengupas mengenai aplikasi dalam talian tersebut, tetapi mengupas mengenai berita-berita dan maklumat dalam talian boleh membantu mewujudkan hubungan etnik yang baik dalam kalangan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai etnik.
Warna-warni corak tradisi etnik di negara ini
Sehubungan dengan itu, saya amat percaya jika masyarakat kini mampu menggunakan aplikasi dalam talian ini untuk mencari sumber berita mahupun maklumat mengenai isu-isu semasa terutamanya mengenai etnik sesuatu kaum yang mana sememangnya kita tahu bahawa isu perkauman ini merupakan suatu isu yang amat sensitif jika disoal kepada etnik selain etnik kita sendiri. Hal ini berlaku kerana sudah semestinya sebuah etnik tersebut pasti menyebelahi etniknya sendiri dan jarang pula kita dengar etnik tersebut mengagungkan etnik yang lain selain etniknya sendiri.

Jadi, keadaan ini jelas menunjukkan bahawa aplikasi dalam talian memainkan peranan yang amat penting dalam membantu mewujudkan hubungan etnik yang baik. Bagaimanakah caranya? Ini dapat diperjelaskan apabila media sosial seperti ‘Blog’, ‘Facebook’, ‘Twitter’, dan media sosial dalam talian ini berfungsi sebagai penyebaran berita dan maklumat yang sahih. Namun, sejauh manakah kebenaran dalam media sosial dalam talian ini dapat mewujudkan satu hubungan baik antara etnik? Jawapannya adalah mengenai perkongsian maklumat berkenaan etnik yang mudah untuk kita cari dilaman media sosial dalam talian.


Jika digunakan dengan baik saluran maklumat dalam talian ini, individu dapat mengetahui dengan lebih mendalam mengenai ciri-ciri sebuah etnik dan seterusnya dapat menilai dengan baik serta mudah memahami tentang etnik tersebut. Sebagai contoh, tanpa kelajuan internet yang memudahkan individu terbabit mencari maklumat hanya dihujung jari berkenaan etnik tersebut, mereka perlu untuk pergi ke luar dan mengambil masa yang agak lama bagi mendalami mengenai etnik tertentu. Sehubungan dengan itu, kemajuan teknologi dalam negara ini telah banyak membantu individu tersebut dalam membuat kajian tersebut apabila mereka cuma perlu mencari maklumat berkenaan etnik hanya dalam talian.
Hubungan etnik dapat diwujudkan dengan baik apabila mereka dapat berkongsi pendapat mengenai etnik masing-masing di dalam talian dengan mudah. Sebagai contohnya, mereka dapat berbincang untuk membuat satu majlis berkaitan etnik tertentu bagi memperkenalkan etnik-etnik terbabit kepada umum, maka mereka dapat berbincang dengan baik dan pantas hanya menggunakan internet bagi memudahkan sistem komunikasi mereka dan mudah berkongsi maklumat mengenai etnik tertentu seperti menghantar gambar dan sebagainya dengan begitu pantas mengikut kepada kelajuan internet yang ada bagi memudahkan mereka menghantar maklumat untuk dilihat individu yang lain bagi mengukuhkan lagi bukti perbualannya.

Selain daripada itu, berita-berita dan maklumat dalam talian boleh membantu mewujudkan hubungan etnik yang baik dengan cara berkomunikasi dalam talian internet. Apa yang kita lihat masa kini, hampir setiap individu di dunia ini mempunyai jaringan sosialnya yang dipilih mereka sendiri seperti ‘facebook’, ‘twitter’, dan sebagainya. Lantas, perkara ini membolehkan mereka untuk berkomunikasi dengan sesiapa pun yang mereka mahu tidak kira apa pun etnik yang di pilih oleh mereka sebagai rakan. Jadi, dengan ini dapat diwujudkan satu hubungan baik antara etnik apabila mereka dapat berkomunikasi dengan baik.
Etnik di Malaysia bebas mengamalkan budaya warisan
masing-masing
Secara kesimpulannya dapat kita lihat bahawa maklumat dan berita yang ada didalam talian ini dapat mewujudkan hubungan yang baik antara etnik apabila mereka berpeluang untuk berkomunikasi dalam talian sesama mereka dan melihat sendiri secara pantas dengan bantuan teknologi internet masa kini yang sentiasa dapat menghubungkan mereka antara yang lain bagi mendalami secara dekat dan benar tentang maklumat sesuatu etnik.

Sabtu, 20 April 2013

Hijjaz - Zikir Lazim

Ketenangan hati letak nya dlm diri kita. Akal kita kuncinya. Smg hatiku terus tenang dgn perlindungan-Mu Allah & jauh dr panas bskn syaitan...

Khamis, 18 April 2013

Pemimpin

Sahabat, usah dikejar jawatan yang ada jika hanya mahu menggunakannya untuk sendiri. Jawatan itu kunci utk mmbntu org lain. Jagalah kebajikan org lain. Pimpinlah mereka sebaik mngkin. jgn mengeluh kesah penatnya menjadi seorang pemimpin. Jdkanlah itu sbg semangat pembakar dalam diri untuk memajukan diri agar terus d sayangi insan yg lain. Insyaalllah. Semoga Allah memberkati perjuanganmu.

Selasa, 16 April 2013

senarai calon BN Perlis PRU13


P001 Padang Besar: Dato Zahidi Zainol Abidin
N01 Titi Tinggi: Khor Hock Kong
N02 Beseri : Dato Mat Rawi Kassim
N03 Chuping: Azmaiza Ahmad (ketua Putri Perlis)
N04 Mata Air: Hj Hairi Hassan
N05 Santan: Sabri Ahmad

P002 Kangar : Ir Sharuddin Ismail
N06 BINTONG: Hjh Rela bt Ahmad ( ketua wanita Perlis)
N07 Sena: Jamil Saad
N08 Indra Kayangan: Phor Choo Chor
N09 Kuala Perlis: Md Hassan
N10 Kayang: Ahmad Bakri Dato Ali

P003 Arau: Dato Seri Shahidan Kassim
N11 Pauh: Azlan Bin Man
N12 Tambun Tulang: Ismail Kassim
N13 Guar Sanji: Jefri Osman
N14 Spg 4: Nurulhisham b Yaakob
N15 Sanglang: Ust. Fathul Bhari B Hj Mad Jaya.

Isnin, 15 April 2013

Persoalan

Setiap daripada kita mempunyai pemimpin. Pernah kah kamu terfikir siapa pemimpin kamu wahai temanku?

Indahnya dunia




Dalam terang malam
Dengarlah rintihan hati
Seorang insan
Serba kekurangan...

Andai aku tahu esok telah tiada
Pasti aku bersedia
Tapi apa yang aku ada
Tiada guna aku hanya
Berharap
Pada satu yang tak mungkin tiba

Layakkah aku berada di syurga-MU
Ya Allah
Jika aku terus begini
Entah apa dosa
Entah apa silap
Yang aku sendiri tak pasti
Tolonglah aku teman
Bantulah aku
Sedarkanlah aku
Tak mungkin aku
Mampu terus berdiri tanpa tiangmu teman

Wahai teman
Ayuh kita bersatu
Jangan kita
Terus leka dibuai arus nikmat dunia
Jangan kita nanti
Jatuh lemah tak lagi bermaya

Selagi hayat masih diberi peluang
Selagi Allah masih mahu beri kita
 Nafas didunia
Insaflah wahai teman
Cuba kita renungkan
Apa kekhilafan kita pernah lakukan pada satu saat yang terdahulu
Atau kita masih tak sedar kesilapan kita itu sekarang?
Adakah itu yang kita mahukan
Untuk bekalan kita di akhirat kelak?
Teman,
Satu kesilapan mampu mencorak beribu sesalan

Layakkah kita bergelar Islam
Andai diri
Tak pernah bersyukur
Andai diri
Tak tahu halal
Tak tahu apa itu haram?
Layakkah kita berada dalam syurga Allah satu masa kelak
Yang pasti kekal abadi
Adakah kita pasti kita mampu melintasi titian Allah menuju ke syurga
dengan apa cara?

Indahnya dunia Allah
Tiada apa yang dapat melawan apa yang dia kehendak
Allah maha pengampun
Rasalah nafas kamu wahai teman
Adakah kita masih bernyawa?
Itu jawapannya
Allah menyangi kita andai kamu masih mendengar rintihan ini
Insaflah teman
Masih belum ada apa yang terlambat

Andai kita terus leka
Pasti kita terus rebah tak mungkin ada yang membantu di penghujung nyawa
Andai kita sedar
Pasti Allah bersama kita
Allah...
Indahnya Dunia ciptaan-MU
Alhamdulillah
            Nukilan Saudara Ridhwan Nazmi Roslan
Setiausaha Agung 1 MPP
UiTM Melaka sesi 2011/2012

Tentang Apa Yang Kita Lakukan



Dalam kehidupanku
Ada macam-macam perkara
Yang telah aku perhatikan
Dan
Selalu juga aku renungkan

Ada pelbagai jenis manusia
Telah aku lihat
Ada yang kaya
Ada yang miskin
Ada yang hebat
Ada pula yang kurang hebatnya
Namun,
Semua ada kelebihannya

Tentang apa yang kita lakukan
Dalam hayat
Setiap detik ada saja perkara yang kita laksanakan
Biarpun ianya hanya sekecil zarah
Tapi wahai manusia,
Janganlah kita leka
Janganlah kita lalai
Dalam kita terus mengejar arus kemodenan
Yang Inovasi kita katakan

Dalam apa yang kita lakukan
Sederhanalah
Janganlah kita berlebihan
Takut nanti kita tersungkur
Terus rebah

Dalam apa yang kita lakukan bersama
Jangan kita terlalu bangga
Dengan kemewahan
Dengan kesenangan yang kita kecapi
Hingga detik ini
Wahai manusia
Sedarlah
Semua yang ada di dunia ini hanya sementara
Apa guna tamak dalam diri
Apa guna hendak diri dihormati
Tapi
Dalam diri langsung tak mengerti
Apa yang benar
Sesungguhnya tiada apa yang lebih berharga daripada
Nilai sebuah kesempurnaan yang abadi

Siapa aku?
Siapa pula kamu
Andai diri tiada wawasan
Jangan kita sombong
Jangan pula kita bangga
Tentang apa yang kita lakukan
Kerana semuanya hanya kepada Allah kita berserah
Hanya Allah tuhan yang satu
Dia mampu menarik segala apa yang ada dengan hanya sekelip mata sahaja
Jadi saudaraku,
Apa guna kita berlebih dalam arus inovasi
Apa guna ?
Apa guna?
Tiada guna kamu bermegah dengan apa yang kamu ada
Kerana bersederhana itu lebih baik daripada
TIADA jatuh tidak berdaya
Dan
BERLEBIH` jatuh terus tersungkur
Tak kan sakit diri ini andai makan diwarung murah
Tak kan sakit diri ini jika ku beli baju yang murah
Tak kan rugi diri ini andai aku
Andai aku pilih jalan sederhana
Kerana aku insan biasa
Kepada-NYA aku memohon
Tiada yang esa selain-NYA

Ahad, 14 April 2013

Malam...

Dalam kesamaran malam
Aku terasa seperti sirna cahaya
Yang xdapat lagi ku pastikan
Siapa gerangan sebenar
Yang menikam tubuhku.

Dalam heningnya malam
Aku terasa sepi
Tak lagi seperti dulu
Tiada siapa mendampingku
Air mata yang kupendam
Gugur kemuka
Lalu jatuh kebumi.

Apa dosaku tuhan
Tak pernah aku rasa seperti ini
Kosong!!!
Aku rasa lemah tiada apa disampingku umpama malam  hening tak bercahaya ini.

Dalam sunyinya malam
Aku merintih
Dalam coretan ini aku meluah
Tak mampu ku ungkap
Hanya tinta sebagai ganti suara hati sayuku.

Malam ini sunyi lagi
Entah sampai bila aku dapat bertahan
Entah sampai bila aku tak tahu
Sampai bila dugaan ini kan berakhir?
Aku tak tahu.

Ya tuhan
Aku tahu malam ini akan berganti subuh
Aku tahu kala subuh menjelma itu tanda sinaran suria bakal menerang,

Tapi tuhan,
Adakah itu juga akan berlaku padaku?
adakah aku akan dapat melihat dan keluar daripada semua ini ya tuhan?
Hanya pada-Mu aku berserah...
Hanya pada-Mu.