Khamis, 9 Mei 2013

Bagaimana Jika Suami Memegang Jawatan Isteri ?


Tahun 2013 telah pun lama membuka tirai malah kita boleh lihat pelbagai kemajuan yang telah dicapai dalam tahun ini sendiri. Pelbagai ragam manusia telah kita lihat sepanjang kehidupan kita. Begitu juga mengenai isu kewujudan kaum wanita yang sememangnya bilangannya lebih ramai daripada kaum lelaki.

Isu yang akan dikongsikan bersama disini bukanlah isu mengenai tahun baru atau jauh sekali mengenai politik yang hangat diperkatakan dalam negara kita sekarang. Akan tetapi, isu yang akan saya sentuh sekarang merupakan isu mengenai kaum suami yang mewakili lelaki mengambil alih tugas seorang isteri terutamanya di rumah yang sememangnya kita ketahui bahawa ianya merupakan tugas seorang isteri yang mewakili kaum perempuan pada dasarnya.

Persolan yang timbul apabila kita dapat melihat ada suami yang mengambil alih tugas seorang isteri ini sekarang hingga mereka sanggup merendahkan egonya demi menggalas tanggungjawab isteri mereka yang sedang bekerja mencari wang buat belanja hidup keluarga.

Bagaimana perkara ini boleh timbul? Adakah kurangnya kaum lelaki yang terpelajar yang kita lihat di universiti cuma sedikit tidak sampai 50% bilangan kaum lelaki di universiti sekarang hingga membuatkan mereka sukar bagi mendapatkan kerja akibat ramai golongan terpelajar kini serta isteri mereka mempunyai kelulusan yang lebih daripada suami hingga mampu menampung perbelanjaan keluarga seorang diri tanpa mengharapkan daripada suami mereka yang mereka kira elok tinggal dirumah dan melakukan kerja rumah daripada kerja yang tidak menguntungkan sambil boleh menjaga rumah dan anak-anak dirumah.

Sehubungan dengan itu, jika ini menjadi punca mengapa ramai lelaki yang sanggup mengambil alih tugas isteri mereka adalah amat tidak mengejutkan kerana faktor masalah malasnya seorang lelaki tersebut dalam pembelajaran hingga mengakibatkan mereka terpaksa mengambil alih tugas isteri mereka tanpa mengira faktor perasaan malu mereka terhadap pandangan daripada rukun tetangga yang berhampiran mengenai perkara ini.
Selain itu, kajian yang dibuktikan di Denmark yang lalu membuktikan bahawa lelaki yang mempunyai isteri yang berpendapatan melebihi daripada pendapatan suami sehingga menjurus untuk suami menguruskan perihal rumah boleh mengakibatkan suami ‘mati pucuk’ akibat daripada si isteri menerima gaji yang lebih daripada si suami.

Masyarakat hari ini melihat ini sebagai masalah. Tetapi, jika dilihat daripada sudut positif ini bukan lah suatu masalah tetapi merupakan suatu fenomena yang jarang berlaku dalam masyarakat kita dan mengakibatkan perkara yang pelik tetapi benar ini terjadi dan dilihat pelik. Persoalannya mungkinkah 20 tahun akan datang perkara ini tidak lagi menjadi sesuatu yang pelik hingga menjadi suatu perkara biasa jika suami berada d rumah manakala isteri bekerja di pejabat. Pada pandangan saya, perkara ini tidak mungkin akan menjadi suatu kebiasaan dan tidak mungkin terjadi kerana ego seorang lelaki masih tinggi dan mereka tidak mungkin akan membenarkan diri mereka sentiasa direndahkan oleh masyarakat yang membuatkan mereka sedar akan tugas sebenar seorang suami dan dimana isteri sepatutnya berada.

Secara kesimpulannya dapat saya lihat bahawa fenomena suami menggantikan tugas isteri ini merupakan suatu perkara yang tidak akan terus berlaku dan jauh sekali menjadi satu budaya dalam masyarakat kita hari ini kerana sudah menjadi lumrah yang lelaki mempunyai naluri kepimpinan dalam dirinya dalam menguruskan rumah tangga mereka agar lebih bahagia dan si suami tidak akan mahu membiarkan kehidupan keluarganya menjadi kehidupan yang dipandang pelik oleh masyarakat kini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan