Isnin, 29 April 2013

KRITIK : Artikel 3: BALKANISASI SIBER: GANGGUAN KEPADA SEMANGAT 1MALAYSIA


Menurut penulis blog ‘Suara Murba’ berkenaan isu Konsep Balkanisasi yang mana memberikan gangguan kepada semangat 1 Malaysia yang mana diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak sewaktu tempoh pemerintahan beliau di Malaysia.

Pada dasarnya saya amat bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh penulis bahawa konsep balkanisasi siber amat mengganggu semangat 1 Malaysia yang murni agar dapat menyatukan hati rakyat negara Malaysia tanpa ada perpecahan terutamanya antara kaum.

Bersatu hati demi menjaga kesejahteraan negara
Sekarang, kita dapat lihat bahawa media terutamanya media siber amat mendedahkan kepada pengguna ataupun pembaca kepada konsep balkanisasi siber ini apabila mereka menulis dan memberikan pandangan didalam siber yang mana dapat dibaca dengan mudah oleh pembaca diluar sana untuk terpengaruh dengan apa yang penulis sampaikan. Hal ini amat membimbangkan bagi orang lain yang menitik-beratkan konsep 1 Malaysia yang diharapkan menjadi amalan dan budaya kepada masyarakat di Malaysia kini.

Dalam kebebasan mereka menulis didalam siber masakini, penggunaan kata yang agak kesat selalu digunakan oleh penulis bagi menunjukkan luahan perasaan mereka kepada sesuatu. Namun, hal ini amat negatif kesannya kepada masyarakan yang mengetahui perihal ini. Sebagai contoh yang dikeluarkan oleh penulis blog Suara Murba adalah seperti kata-kata fitnah dan makian yang ditulis oleh penulis tersebut yang mana berkaitan dengan bangsa dan agama. Hal ini amat sensitif dan memberikan impak yang amat negatif kepada masyarakat dan mengganggu konsep 1 Malaysia.

Kemudahan siber digunakan dengan sebetulnya
Balkanisasi siber hari ini amat membimbangkan jika mereka gagal bersatu antara satu sama lain dan membentuk kumpulan yang berlainan ataupun puak yang berlainan tetapi berada di tempat yang sama yang mana secara kesimpulannya dapat kita katakan bahawa berdiri di tanah yang sama tetapi kelompok yang banyak dan berbeza. Ini boleh mengundang semangat perkauman yang negatif jika ada pihak yang salah faham disebabkan oleh isu berkenaan diterbitkan.

Sebagai kesimpulannya, konsep balkanisasi siber amat mengganggu semangat 1 Malaysia yang murni agar dapat menyatukan hati rakyat negara Malaysia tanpa ada perpecahan terutamanya antara kaum. Hal ini dapat menjadikan masyarakat didalam negara Malaysia berpecah belah dan gagal bersatu hati. Konsep ini amat penting ditinjau oleh pihak yang bertanggungjawab agar tidak menjadi lebih negatif hingga boleh mengundang kepada kehancuran negara ini sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan