Isnin, 22 April 2013

Berita-Berita dan Maklumat Dalam Talian Boleh Membantu Mewujudkan Hubungan Etnik yang Baik


  
Dewasa ini, hampir setiap orang di dunia ini mengetahui dan mampu menggunakan aplikasi dalam talian dengan baik terutamanya bagi mereka yang mahu mencari sesuatu maklumat yang tepat dan sering menimbulkan tanda soal difikiran mereka dengan cepat dan mudah.

Banyak isu-isu tentang dunia mahupun dalam negara yang dapat kita capai dengan menggunakan aplikasi dalam talian ini. Namun, rencana kali ini bukanlah ditulis untuk mengupas mengenai aplikasi dalam talian tersebut, tetapi mengupas mengenai berita-berita dan maklumat dalam talian boleh membantu mewujudkan hubungan etnik yang baik dalam kalangan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai etnik.
Warna-warni corak tradisi etnik di negara ini
Sehubungan dengan itu, saya amat percaya jika masyarakat kini mampu menggunakan aplikasi dalam talian ini untuk mencari sumber berita mahupun maklumat mengenai isu-isu semasa terutamanya mengenai etnik sesuatu kaum yang mana sememangnya kita tahu bahawa isu perkauman ini merupakan suatu isu yang amat sensitif jika disoal kepada etnik selain etnik kita sendiri. Hal ini berlaku kerana sudah semestinya sebuah etnik tersebut pasti menyebelahi etniknya sendiri dan jarang pula kita dengar etnik tersebut mengagungkan etnik yang lain selain etniknya sendiri.

Jadi, keadaan ini jelas menunjukkan bahawa aplikasi dalam talian memainkan peranan yang amat penting dalam membantu mewujudkan hubungan etnik yang baik. Bagaimanakah caranya? Ini dapat diperjelaskan apabila media sosial seperti ‘Blog’, ‘Facebook’, ‘Twitter’, dan media sosial dalam talian ini berfungsi sebagai penyebaran berita dan maklumat yang sahih. Namun, sejauh manakah kebenaran dalam media sosial dalam talian ini dapat mewujudkan satu hubungan baik antara etnik? Jawapannya adalah mengenai perkongsian maklumat berkenaan etnik yang mudah untuk kita cari dilaman media sosial dalam talian.


Jika digunakan dengan baik saluran maklumat dalam talian ini, individu dapat mengetahui dengan lebih mendalam mengenai ciri-ciri sebuah etnik dan seterusnya dapat menilai dengan baik serta mudah memahami tentang etnik tersebut. Sebagai contoh, tanpa kelajuan internet yang memudahkan individu terbabit mencari maklumat hanya dihujung jari berkenaan etnik tersebut, mereka perlu untuk pergi ke luar dan mengambil masa yang agak lama bagi mendalami mengenai etnik tertentu. Sehubungan dengan itu, kemajuan teknologi dalam negara ini telah banyak membantu individu tersebut dalam membuat kajian tersebut apabila mereka cuma perlu mencari maklumat berkenaan etnik hanya dalam talian.
Hubungan etnik dapat diwujudkan dengan baik apabila mereka dapat berkongsi pendapat mengenai etnik masing-masing di dalam talian dengan mudah. Sebagai contohnya, mereka dapat berbincang untuk membuat satu majlis berkaitan etnik tertentu bagi memperkenalkan etnik-etnik terbabit kepada umum, maka mereka dapat berbincang dengan baik dan pantas hanya menggunakan internet bagi memudahkan sistem komunikasi mereka dan mudah berkongsi maklumat mengenai etnik tertentu seperti menghantar gambar dan sebagainya dengan begitu pantas mengikut kepada kelajuan internet yang ada bagi memudahkan mereka menghantar maklumat untuk dilihat individu yang lain bagi mengukuhkan lagi bukti perbualannya.

Selain daripada itu, berita-berita dan maklumat dalam talian boleh membantu mewujudkan hubungan etnik yang baik dengan cara berkomunikasi dalam talian internet. Apa yang kita lihat masa kini, hampir setiap individu di dunia ini mempunyai jaringan sosialnya yang dipilih mereka sendiri seperti ‘facebook’, ‘twitter’, dan sebagainya. Lantas, perkara ini membolehkan mereka untuk berkomunikasi dengan sesiapa pun yang mereka mahu tidak kira apa pun etnik yang di pilih oleh mereka sebagai rakan. Jadi, dengan ini dapat diwujudkan satu hubungan baik antara etnik apabila mereka dapat berkomunikasi dengan baik.
Etnik di Malaysia bebas mengamalkan budaya warisan
masing-masing
Secara kesimpulannya dapat kita lihat bahawa maklumat dan berita yang ada didalam talian ini dapat mewujudkan hubungan yang baik antara etnik apabila mereka berpeluang untuk berkomunikasi dalam talian sesama mereka dan melihat sendiri secara pantas dengan bantuan teknologi internet masa kini yang sentiasa dapat menghubungkan mereka antara yang lain bagi mendalami secara dekat dan benar tentang maklumat sesuatu etnik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan