Isnin, 15 April 2013

Indahnya dunia




Dalam terang malam
Dengarlah rintihan hati
Seorang insan
Serba kekurangan...

Andai aku tahu esok telah tiada
Pasti aku bersedia
Tapi apa yang aku ada
Tiada guna aku hanya
Berharap
Pada satu yang tak mungkin tiba

Layakkah aku berada di syurga-MU
Ya Allah
Jika aku terus begini
Entah apa dosa
Entah apa silap
Yang aku sendiri tak pasti
Tolonglah aku teman
Bantulah aku
Sedarkanlah aku
Tak mungkin aku
Mampu terus berdiri tanpa tiangmu teman

Wahai teman
Ayuh kita bersatu
Jangan kita
Terus leka dibuai arus nikmat dunia
Jangan kita nanti
Jatuh lemah tak lagi bermaya

Selagi hayat masih diberi peluang
Selagi Allah masih mahu beri kita
 Nafas didunia
Insaflah wahai teman
Cuba kita renungkan
Apa kekhilafan kita pernah lakukan pada satu saat yang terdahulu
Atau kita masih tak sedar kesilapan kita itu sekarang?
Adakah itu yang kita mahukan
Untuk bekalan kita di akhirat kelak?
Teman,
Satu kesilapan mampu mencorak beribu sesalan

Layakkah kita bergelar Islam
Andai diri
Tak pernah bersyukur
Andai diri
Tak tahu halal
Tak tahu apa itu haram?
Layakkah kita berada dalam syurga Allah satu masa kelak
Yang pasti kekal abadi
Adakah kita pasti kita mampu melintasi titian Allah menuju ke syurga
dengan apa cara?

Indahnya dunia Allah
Tiada apa yang dapat melawan apa yang dia kehendak
Allah maha pengampun
Rasalah nafas kamu wahai teman
Adakah kita masih bernyawa?
Itu jawapannya
Allah menyangi kita andai kamu masih mendengar rintihan ini
Insaflah teman
Masih belum ada apa yang terlambat

Andai kita terus leka
Pasti kita terus rebah tak mungkin ada yang membantu di penghujung nyawa
Andai kita sedar
Pasti Allah bersama kita
Allah...
Indahnya Dunia ciptaan-MU
Alhamdulillah
            Nukilan Saudara Ridhwan Nazmi Roslan
Setiausaha Agung 1 MPP
UiTM Melaka sesi 2011/2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan